pregnant vs arthritis

Assalamualaikum w.b.t.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Kali ni nak cerita tentang penyakit ku. 
Sebenarnya aku dah pernah cerita tentang benda ni, dalam entri dahulu kala; yang mana aku dah delete habis blog tu. hahaha.. atas sebab-sebab yang tidak dapat ku elakkan. Makanya, izinkan daku berbicara kembali yer.

Psoriatic arthritis
ini nama penyakit aku, untuk keterangan lebih lanjut, boleh klik SINI
aku tak akan ulas panjang-panjang, aku nak cerita sikit jer. 
mula-mula aku dapat penyakit ni, sekitar umur 14++ tahun. haha, bermula dengan kebengkakan yang terdapat di ovari, 
lepas tu, dia bengkak jari tangan. satu jari je. so, berubat merata. 
dari tradisional sampai moden, dari kerajaan sampai swasta. akhirnya, hospital al-islam kampung baru yang detect aku dapat penyakit Rheumatic fever. memang effect jantung aku sangat masa tu. 
So, lepas berubat sume, alhamdulillah. entah kenapa penyakit jantung tu ilang sekitar umur aku 19++.
dan sekitar tahun 23++, tiba-tiba aku sakit balik. hahaha. aku pun dengan segera refer balik ke hospital. So, doktor pakar sana merumuskan aku dapat penyakit Psoriatic arthritis ni pula. haha. dugaan

sampai sekarang aku belum lagi pulih seperti biasa, cumanyaaaaaaaaaa... kadang-kadang jer aku normal. haha. 
maksudnya aku tak ada bengkak-bengkak. sejak aku sakit balik, ubat yang aku makan ialah Methotrexate (MTX), Prednisolone dan Colchicine.

bila aku nak kahwin, aku inform medical doctor aku. belum kahwin lagi, dia dah pesan..
"rancang betul-betul bila nak ada anak. cakap awal-awal bila nak pregnant, jangan diam. kalau dah confirm nak baby, u should stop take the medicine for 3 months atleast"

tapi konsep aku dengan husband, senang. 
Rezeki tu Allah yang berhak keatasnya. aku serahkan bulat-bulat semuanya. ada, ada. tak ada, tak ada.

2 bulan after kahwin, aku pregnant. ^^, happy me
so, aku pun inform my medical doctor. he said "stop all medicine except Prednisolone"
kita as a patient, followww je la. kan ?? ye ke tidok ?? hahaha..

and here my story/journey of arthritis during pregnancy begin.
it wassssss a mess. for me. it is tough and hard enough to bear. 
ini kerana, kalau aku sakit during normal time. aku akan tahan sakit, sehari tiga-hari baru pergi hospital. doktor pun, cucuk steroid paling senang (sebab tak yah masukkan aku dalam hospital) then a few days later, alhamdulillah aku kembali okay. aku tak boleh cakap aku sembuh sebab sembuh memang amik masa. 
tapi, bila aku pregnant, memang bukan rezeki aku kot.. aku terus sakit a few weeks later after stop taking MTX sampailah kesaat ini. which is dah pregnant for 31 weeks.  Allah hu akbar. -____-"
aku tak tahu nak cakap macam mana. 
walau apa pun terjadi, aku tetap bersyukur sebab kali ni, aku tak bengkak dekat area kaki. kalau areaa kaki, memang effect betul bab-bab jalan ni. 

please guys out there. 
kalau isteri anda mengalami masalah yang sama dengan aku. aku mohon, tolonglah isteri anda seberaapa kerap yang boleh. aku tak tahu nak cakap ape dengan husband sendiri. haha. situasi dia lain bila kau sakit masa bujang dengan masa kahwin. seriously. masa bujang, kau bukan tidur berteman. parents pun datang kejap-kejap "okay tak? sakit? rehat lah.." hahaha. bila kau dengan husband, lagi-lagi tak ada anak. 24 jam kau dengan dia, tak ada orang lain. semua benda pun husband kau yang tolong buat, dan disitulah buat kau rasa berterima kasih sangat-sangat sebab ada orang dekat sekitar kau selalu especially during night. dengan sakit pinggang nya, sakit perutnya, mengandung ni, dugaan betul setiap malam. Alhamdulillah, terima kasih yer encik suami. 
untuk para suami, sabar banyak-banyak. 
tu je aku boleh cakap. 
si isteri, jangan lebih-lebih. faham lah sikit keadaan suami anda. haha.
 
picture taken .. 7 august 2015

picture taken on 25 august 2015

pasang surut sakit jari tangan aku ni. redha je la. 
yang penting, i cant move my forefinger at all. how nice. hahaha T_______T
sedih. sangat sedih. tapi kalau aku bandingkan aku dengan orang lain, penyakit diorang lagi teruk. Allah uji aku sikit je. maka, bersabarlah duhai hati. insyaALLAH ada hikmahnya. 

pray for me.
semoga daku selamat melahirkan anak yang ku kandungi. menjadi insan yang solehah di bumi Allah ini.
i do hope, really hope.. dia tak ada penyakit macam aku. nauzubillah. 
semoga jari tangan ku kembali pulih seperti sedia kala. 
semoga aku dapat meneruskan hidup seperti manusia normal semula. 

miss those moment. 
pegang pen/pensil dengan betul.
hold my phone properly. swipe-swipe. main game senang.
using computer properly. 
use measurement tools.
cook properly (kejap-kejap aku panggil ubai, tolong buatkan.. haha. thanx dear)
semuaaaaaaaaaaaaa.. tabahkanlah hatiku yaAllah. 

thats all. 
nota kaki: baby first tak lahir lagi, tapi dah fikir second child. cane?
haha. aku fikir kuat ke aku kalau sakit lagi. hmm. kerja tuhan, kan?

Comments

Popular posts from this blog

Birthday

LANGKAWI ^^,

sedih dan berduka