LANGKAWI ^^,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

11-13 May 2016

Perjalanan ku bermula sekitar awal pagi dengan bertolak dari rumah ke erl station di putrajaya. haaa. geli sangat nak baca. haha.

orait. cerita dia. dari rumah, g putrajaya, park kereta 
rate parking ERL putrajaya : pagi RM 2, malam RM 4
pastu naik train erl ke klia. tambang seorang RM9.40 
dek kerana terlampau pantas masa berjalan dan terlampau lembap pergerakan pagi aku, terlepas lah tren, kena tunggu lagi 20 minit. jadi, smpai di klia sekitar 7.40 pagi. terserempak dengan kawan ubai yang ikut sekali rombangan ni, borak punya borak, check-in baggage. settle semua 8.15 pagi. pergi makan mcD sebentar. dah makan. jalan nak boarding gate, dengan bangga nya aku mengumumkan GATE CLOSED. dammit. bahahaha. tapi, apakan daya. tak ada rezeki weh.

maka, keluar lah kami berempat, claim bagasi semula, bayar penaltyRM100/seorang kepada malaysia airlines. Flight berikutnya pukul 6 petang. apa aku buat? balik la wehhhhhh.. daripada pukul 10 pagi takkan nak tunggu dekat airport. merana hati tunggu lama-lama. haha.

Jadi, pukul 6 petang. naik flight ke langkawi. hati sedih. patutnya pukul 10 pagi tadi dah smapai langkawi, macam-macam aktiviti dah boleh buat tapi tak mengapa, insyaAllah percaturan Allah itu lagi terbaik daripada perancangan kami berempat.

setibanya kami di langkawi. zoooooossss pergi cari kereta sewa dekat dalam terminal. disebabkan pergi bukan waktu cuti atau hujung minggu, maka kereta nissan latio menjadi pujaan hati dengan harga RM150/3hari. walaupun aku tak puas hati. sebab aku nak sewa 48 jam=2hari. tapi sebab dia kira 11-13Mei=3hari, makna nya kami kena redha.
ARISZ TRAVEL & TOUR SDN BHD
Faizal 013 349 2931
lepas dapat kereta. cari homestay. Hj Mat's Homestay dekat area cenang katanya. ikut pendapat aku, area kedawang tapi dekat dengan area cenang :D nanti aku bagi testimoni.

sampai pun dah malam, lepas mandikan anak masing-masing, keluarlah mencariu kedai makanan. kedai makanannya ialah MAHSURI BAMBOO RESTAURANT. orait. best. suerb. duperb. aku cerita meal aku dengan ubai je la yer.
nasi - 2 orang
telur dadar -  2 biji, asing-asing
tomyam campur kecil - 1
 kerabu mangga kecil - 1
udang goreng tepung kecil - 1 (tak yah order la, bape ketul je dapat)
air carrot susu kecil - 1
air laici kang - 1
total RM35 !! okay la. sedap weh. insyaAllah tak rugi datang.

next day kami, sarapan dekat kedai tepi jalan. diteruskan dengan aktiviti cable car langkawi. 
ubai dan kawannya. 

 naik atas, jalan-jalan. sebenarnya aku nak g SkyBridge tu. sekali dah kena bayar RM15/seorang plak dah. pandai naaa kaut duit. haha. so, tak jadi naik alasannya sebab ramai orang, panjang lak beratur. time aku macam rasa...tak pe lah, beratur je la. sekali dia punya SKyGlidder plak rosak..... memang buat hal dan menambahkan alasan aku untuk tak jadi ke SkyBridge.

Lepas ke CableCar Langkawi, g makan lunch dekat sebelah kedai Jom ikan bakar Pang Matsirat. Sedap, harga tak mahal. selesai makan, ke UnderWaterWold Langkawi. Seronok, tapi mungkin tak seseronok ke Aquaria KLCC mungkin. haha. aku sukaaaa tengok penguin. dia gaduh masa aku tengok tu. sea lion pun comey je. minum petang di area laksa power, airport. pandai-pandai lah pilih gerai mana satu nak pergi. Alhamdulillah, yang aku makan ni, sedap. Hahaha. Balik homestay, solat, rest dan mandi.

Dinner di area pantai cenang, jalan-jalan pantai. cantik sangat. 

penat jalan tengok mat salleh, snggah makan di restoran haji ramli yang famous tu. 
senarai makanna yang di order.
nasi putih - 4
tomyam campur - 1
 sayur kailan ikan masin - 1
ikan masak tiga rasa - 1 ekor (100 gram RM8.00)
sotong goreng tepung - 3 ekor (100 gram RM7.00)
air aku dah tak ingat dah air apa. tapi aku je yang order air buah.
total RM112 !! haaa.amik kau. dah lah tak sedap mana, tomyam dia rasa asam pedas bukan rasa tomyam dah lagi. tga rasa aku tak rasa pedas, macam masak masam manis. sebab aku memnag tak makan pedas, so I know exactly how the taste of "ikan masak tiga rasa' commanly. mahal pulak tu. YaRabbi, terdiam seketika kami berempat. tercengang. tapi, makanan dah masuk dalam perut, redha saja. haha. end of the night. pulang ke rumah buat kira-kira.

hari ketiga & terakhir. siap-siap mandi semua, bergerak menuju 'nasi dagang pak malau'. haha. tepi sawah. tapi sebaab sawah pon kering kontang, tak dapat la nak menikmati keindahan alam sangat. haha. pak malau dia comel okay. haha, baik orangnya.
nasi dagang berlaukkan ayam - RM7
nasi dagang berlaukkan ikan - RM7
air milo ais - RM3
air teh O ais - RM2
kami sependapat mengatakan, tempat ni dah famous sebab tu dia mahal. hahaha. tapi dia SEDAP! boleh lah cuba kalau rasa harga dia berpatutan, jangan merungut lak nanti.

lepas makan, menuju ke ayer hangat langkawi. alahai. sedih sangat. kena bayar RM5 tapi keadaan tempat macam tak diurus dengan elok je aku rasa. banyak benau anak katak meninggal dalam kolam air yang kau nak rendam kaki kau tu. dah lah dekat hujunggggggg tempat yang tak berteduh tu je yang air dia panas. tempat yang boleh berteduh, air dia sejuk. suam pun tak. haha. speechless. redha saja.

then, tiba-tiba owner homestay call mesej, suruh kami move-out atau dengan bahasa lembut check-out on the spot (pukul 12 tengah hari). kalau tak kena bayar RM50. padahal dah deal sebelum sampai di langkawi, boleh check-out lambat. nak marah pun tak tercakap weh. haha. aku pun tak paham situasi ornag melayu ni berniaga,. lain kali, bagitahu awal-awal yer wahai pengusaha-pengusaha kedai mahupun perniagaan. mentioned awal-awal, ni dah capai kata persetujuan, tiba-tiba kau cakap nak cancel last minute, mana boleh macam tu bro. tak bagus betul bisnes macam ni.

maka, kami pun pulang ke homestay dengan perasaan yang sedih, pack barang. keluar makan tengahari di kedai jom ikan bakar padang matsirat. hmm, okay la jugak makanan dia. air free flow. aku makan ikan seekor, nasi dan sayur RM8. huhu. suami aku, kongsi ikan bakar dengan member dia, ikan besar jugak la, RM27 untuk seekor ikan. hehe.

selepas makan, shopping time di HIG. hahahaha. selepas itu, sesi bergambar di burung helang.
hana dah sampai langkawi :D
anyway. this trip is enjoyable.
first - sebab ada anak iaitu hana (walupun aku tak sempat pergi ulau payar)
   second - sebab aku bukan pergi dengan family aku je. haha. kalau pergi dengan ubai je, bosan jugak. ada member, seronok.
third - aku dapat beli periuk yang aku suka. yeayyyy!!
done bebeh!! 

Comments

Popular posts from this blog

sedih dan berduka

ke korea lah kita (part2)