sedih dan berduka

سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

huhu. cerita lama dah ni. tapi baru nak update. 😥 huk huk huk.

once upon a time. when there is a one girl meet her friend. quite close friend. cheeewahhh. haha. speaking pulokkkk.
macam ni lah. tanggal 17 November 2016. saya berasa tidak sedap hati ketika berada di rumah di sekitar selangor. makanya, saya dengan pantas driving ke skudai, johor. dengan tujuan ke UTM. ada meeting sikit dengan prof. tapi malangnya, sebab aku bergerak lewat dan aku tak lah bawak laju mana.. meeting pun dah habis. Kesimpulannya, betul lah rasa tak sedap hati tadi. ada mock presentation hari ahad ni untuk proposal defend presentation yang aku sendiri tak tahu bila. 

bila kita dah stress. slide pun tak prepare banyak. makanya, aku stay up lama lah jugak dekat lab untuk menyiapkan mana yang boleh.

18 november 2016

pagi-pagi lagi aku dah ke lab. sebab aku nak siapkan apa yang patut. sampai tengahari, aku rasa nak muntah tengok slide. macam sakit gila kepala ni. serabut tak tahu la. lantas aku mesej seorang kawan untuk ajak keluar. huhu. disebabkan tak makan tengahari, kebuluran tu tahap maksima. so, aku makan pukul 4 petang. datang kawan aku. lepak-lepak. dah maghrib. tak boleh nak solat dekat mall tu, aku cakap solat dekat luar. dia pulak ajak aku dinner sesama. tapi aku macam kenyang lagi. so aku cakap boleh lah. aku minum-minum. 

tempat @ lokasi. mulanya dia ajak aku ke taman universiti. tapi sebab aku kesian nanti dia nak patah balik. aku yang cadangkan supaya kami berdua ke area sutera mall. huhu.

setibanya di area sutera mall, pappa rich tempat yang dituju. okay, parking full!! malam minggu la katakan. tapi kawasan cina so memang full dengan orang cina. nak jumpa melayu tu macam ciput-ciput gitu. mana nak cari parking ni. jumpa, tapi kawasan gelap. so, tak pe lah, parking je. bukan nak lepak lama. 

dah parking, aku keluar kereta. aku cari kereta kawan aku. okay, jumpa dan kami pun bergeraklah ke kedai makan. tapi. tiba-tiba. aku macam was-was. 'dah kunci kereta ke belum'...... aku pun... ambil kunci, tekan remote. ada bunyi 'beep-beep' ooooooo...dah kunci dah tadi.. jadi, aku nak kunci la balik... tak bolehhhh.. help me... 😠😠😠 dah hentak hentak kunci tu. last-last its working 'beepp' 

dah kunci kan?? aku pergilah makan...

makan-borak-makan-borak

sedar-sedar nak dekat pukul 12 tengah malam. hahaha. aku cakap, aku kena balik ni. banyak hal lagi tak settle. esok nak siapkan slide lagi. lusa nak present

bergerak ke kereta. ambil remote. tekan. bunyi 'beepp' .... arghhhhhhhhhhhhh... aku terus ke bonet kereta. laptop aku hilang. sedih sengat. terdiam. terus lari dekat kereta kawan aku. 'weyh..laptop aku hilang..hahaha' masing-masing speechless. alahai. memang tak ada rezeki. tu je aku fikir. memang rezeki si pencuri tu untuk dapat laptop aku. menang besar 😱😱 kereta? okay. tak ada langsung kesan rompakan.

why ? laptop aku berharga RM3500++. mouse aku berharga RM200++. pensil tekan aku pun mahal. guna duit pak najib bagi (BR1M) RM40++. 

subhanallah. yaAllah. hebat dugaan hamba mu ini. aku malas nak fikir pasal file dalam laptop tu kang aku meroyan tak sudah.

hua. hua. hua. hari sabtu aku lepak lab dari pagi sampai malam tapi ... otak macam blank. tak tahu buat apa. hari ahad aku present. tengok email, alahai. sedih betul hati ni. presentation sebenar hari selasa.

aku... entah lah. tak tahu nak cakap apa. even my own sv didn't say anything. walhal aku dah cakap pasal laptop aku. hari isnin, dia mesej tanya pasal hari selasa. larhhhhh... baru nak tanya ke macam mana. tak tahu apa perasaan aku waktu tu tapi aku sekadar menjawab 'tak pe Dr..present je la'

aku present memang dalam keadaan tak ready. laptop tak ada. pinjam orang. sekali tak boleh nak cucuk cable projektor. dalam keadaan kelam kabut tu, dapat pinjam laptop orang lain. sekali laptop nya dalam file ppt. aku punya file pptx. tak ke haru hidup aku masa nak present tu. malas betul nak cakap banyak-banyak.

end up. aku kena resubmit proposal aku. tak apa lah. memang salah aku. REDHA is the key at that time.

habis je proposal, balik ke kl untuk appointment dengan hospital. 

MRI scan. ambil darah. 

Update on 12/01/2017

Sebenarnya dah lupa nak update ape. haha. bersarang. lama betul. so, lepas amik darah ... ofcourse lah kena bayar kan ?? 




haaaaaaaaaaaaa... Amikkau.. bahahahaha.. RM1754. dah boleh beli laptop baru nak oi.. subhanAllah. tuhan je tahu perasaan aku weyh masa ni. aku.. menangis dalam hati.. even parents aku pun tak tahu benda ni yer.
so, nak dijadikan cerita. aku kena tunggu daripada pukul tengahhari lepas amik darah sampai pukul 3.30 petang untuk MRI. aku pergi makan, aku pergi solat. lepas tu baru ke kaunter MRI. sampai pukul 2.30 petang. tunggu punya tunggu. dah pukul 5 petang. OH MAN. I'm so bored to death. macam-macam website dah aku bukak, main game sampai dah tak ada nyawa. aku kebosanan. aku bukak lah mudah dot my. guess what ???

hmmmmmmm. iklan dipos pada 19 hb. sehari selepas laptop aku hilang. kalau betullah ini laptop aku. aku sedih. huhuhu. nombor satu sebab bila dia dah buat iklan macam ni, maksudnya dia dah clearkan data dalam laptop. nombor dua sebab itu laptop aku (kalau betul tu laptop aku). hahahaha. ketawa dalam tangisan.



aku pos benda ni dalam fb/insta. lepas tu kakak aku suruh aku delete post tu sebab katanya aku memfitnah orang tu. hmmm. aku tak fitnah. aku sekadar meluahkan persoalan yang terbuku dihati. 

another day have passed. and. i go to hospital again for the unknown number of time.. 



HAHAHAHAHA. itu je lah yang aku mampu buat masa nak bayar bil hospital. Doakan supaya aku sihat, supaya tak perlu lagi ke hospital. Doakan aku supaya aku kaya, kalau sakit boleh bayar bil rawatan hospital.

TAZKIRAH AKU. tenangkan hati. Redha, terima apa yang berlaku. Hikmah yang bakal datang, kita tak boleh duga. Rezeki Allah dikemudian hari, tak siapa tahu.

Comments

Popular posts from this blog

ke korea lah kita (part1)

ke korea lah kita (part2)