ke korea lah kita (part1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

semoga dipermudahkan urusan saya untuk mengarang perjalanan ke korea. haha 😂😂 too lazy to update my blog eventhough many stories that i want to share. hukhukhuk.


end of april this year (29 april) .. dengan rasa yang ntah hape-hape, aku pergi jugak seoul,korea lepas dah beli tiket hampir setahun lamanya. disebabkan jari baru operate (3 april), aku macam nak pegi ke tak ni. nak pegi ke tak. encik suami cakap 'g je lah, membazir' ..

soalan-soalan
1. ada tour guide ke tak?
 - yer, ofcourse ada sebab aku pemalas nak fikir dan cari (google) pasal korea.

2. guna pakej apa dan berapa?
 - guna khidmat rakan sekolah aku dan encik suami, penulis terkenal buku 'Backpackers Seoul' encik halian daripada Seoul Red Cat. haha. Harga ?? untuk 9 hari 8 malam di korea, dia bagi RM3500++. berbaloi ke tak ?? yezza!!!!!!!!!! berbaloi-baloi. tak tipu. termasuk flight tiket pergi-balik ke pulau jeju.

3. kenapa guna khidmat guide?
  - yang pertama, sebab aku pemalas nak google.
  - yang kedua, sebab aku ada bawa anak kecil yakni lagi memalaskan proses menggoogle berlaku.
  - yang ketiga, partner aku pun tak rajin google.
  - yang keempat, member yang follow pun sibuk, tak berapa sempat nak google,
  - yang kelima, sorang pun yang nak ke korea TAK PANDAI DAN TAK PAHAM cakap korea.
  disebabkan yang kelima tu macam kukuh, aku cakap dengan yang nak pergi tu, pakai guide je la. serabut kepala aku nak fikir macam-macam dekat sana. tak kuasa aku.

4. kenapa lama sangat pergi seoul sampai 9 hari?
 
- sebab ini adalah kali kedua aku ke seoul. dan aku rasa membazir waktu dan tenaga serta duit kalau aku tak pergi jeju island dah alang-alang pergi korea. tak gitu ??
 - kalau nak diikutkan sebenarnya kita orang pergi 8 hari je sebab hari kesembilan tu pagi-pagi buta dah gerak ke airport (ambil flight pagi).

5. cukup ke tak 9 hari tu?
 - tak. hahaha. later i'll story okay.

6. dapat tengok bunga ke?
 - tak. hahaha. bunga tinggal bunga kecik je. cantik tapi biasa-biasa sahaja.

7. best ke dapat g lama-lama?
 - soalan ni bergantung kepada seseorang. in my case, alhamdulillah. percutian kali ni dipermudahkan urusan walaupun biasa la, kadang ada cacat cela yang kita tak boleh nak elak. tricky part is going to jeju and back to seoul. flight delay. tapi rezeki kami jugak, flight tak delay terlalu lama (dalam 2-4 jam). nampak tak pembaziran masa dekat airport tu terlalu lama. imagine kalau pergi sekejap je, memang terkejar-kejar hokeyyyyyyyyyyy. that's not nice and i don't like it. merosakkan mood.

8. kenapa tak pergi by group?
 - unutk pengetahuan semua. kali ni aku pergi berempat sahaja (orang besar). sepatutnya berenam tapi dua orang lagi ada masalah, tak dapat ikut. aku rasa, seronok jalan dalam group kecil. sebab aku takut aku dan anak aku akan menyusahkan group yang besar.

9. best ke jalan dengan guide?
 - ofcourse best. kau tak perlu nak fikir apa-apa. jalan. tak perlu nak serabut kepala nak borak (tanya jalan atau pun order makan) dalam bahasa korea. pening weh. benda nampak mudah tapi boleh buat satu benda tu jadi leceh.

10. keistimewaan pergi dengan guide?
 - aku tak follow pakej macam andalusia ke safirgotravel ke ape ke. senang cakap, ini pakej macam bajet-bajet underground. kalau aku nak pergi sesuatu tempat tu (special request), diorang akan bawa. kalau aku taknak pergi (wih best reason), diorang tak bawa. jadual flexible. ini yang paling aku suka sangat. aku dengan anak aku, waktu (timing) tak boleh nak predict. so, time flexibility tu sangat-sangat diperlukan. tiba-tiba ada hal yang tak boleh dielakkan, stay lah satu-satu tempat tu berjam lamanya untuk settlekan urusan yang perlu diuruskan. dah siap? okay, kita move g tempat lain plak. nice tak? nice kan..so, choose nicely yer.

aku tak cakap backpackers tu tak okay, tapi .. kalau aku dengan encik suami tak bawak anak. sesungguhnya aku akan bersusah payah tanpa bantuan guide. sebab kos perbelanjaan mungkin akan berkurang sebanyak 300-500 ringgit malaysia. mungkin. aku tak tahu. dengan kenaikkan ringgit malaysia (ke....turun eh, aku pun tak tahu) .. susah sebenarnya kau nak kawal bajet bercuti. dulu boleh la.. g korea 1000 won RM3.20 malaysia. sekarang 1000 won RM4.00. nak minum banana milk pun dah 1300 won. Bpe tu ?? RM5.00++. mak aihhhhh... mahal kan ??

tepuk dada, tanya duit poket macam mana yer sebelum berjalan.
all da best untuk semua yang nak bercuti ke korea. 

Comments

Popular posts from this blog

sedih dan berduka

Birthday

passion