Posts

Showing posts from July, 2017

ke korea lah kita (part2)

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

bersarang!!! hahaha. selepas 2 bulan baru nak update cerita ke korea. subhanallah. hahaha.

seperti yang kalian sedia maklum, aku ke korea 29 april - 7 mei 2017. agak lama sebabnya ini kali kedua aku ke korea. jadi aku nak pergi ke pulau jeju alang-alang dah sampai korea. plan ke korea mengambil masa hampir setahun. beli tiket daripada airasia, setahun sebelum pergi. harga dalam lingkungan 700++ (tiket pergi balik, makan pergi balik, beg 20 kg pergi, balik 30kg, pilih seat pergi balik).

kenapa banyak sangat.
1. sebab bawa anak, barang anak banyak betul 😅 pampers dengan susu. subhanallah. berat dah beg.
2. mula-mula tak pilih seat. tapi lama-lama fikir, kang duduk asing-asing. cane la nak jaga anak aku nnt kalau dia meragam, kecian dekat penumpang yang lain.
3. makan? sebab aku lapar. 6 jam duduk dalam flight, bosan. itu pun siap beli makanan lain dalam flight. hahaha. sabar je la.

berlepas lah kami berempat ke seoul, korea pada 29 april jam 8 pagi waktu t…