ke korea lah kita (part2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

bersarang!!! hahaha. selepas 2 bulan baru nak update cerita ke korea. subhanallah. hahaha.

seperti yang kalian sedia maklum, aku ke korea 29 april - 7 mei 2017. agak lama sebabnya ini kali kedua aku ke korea. jadi aku nak pergi ke pulau jeju alang-alang dah sampai korea. plan ke korea mengambil masa hampir setahun. beli tiket daripada airasia, setahun sebelum pergi. harga dalam lingkungan 700++ (tiket pergi balik, makan pergi balik, beg 20 kg pergi, balik 30kg, pilih seat pergi balik).

kenapa banyak sangat.
1. sebab bawa anak, barang anak banyak betul 😅 pampers dengan susu. subhanallah. berat dah beg.
2. mula-mula tak pilih seat. tapi lama-lama fikir, kang duduk asing-asing. cane la nak jaga anak aku nnt kalau dia meragam, kecian dekat penumpang yang lain.
3. makan? sebab aku lapar. 6 jam duduk dalam flight, bosan. itu pun siap beli makanan lain dalam flight. hahaha. sabar je la.

berlepas lah kami berempat ke seoul, korea pada 29 april jam 8 pagi waktu tempatan. sampai dekat seoul, jam 3 petang (waktu korea).

yeay, dah sampai! alhamdulillah. but that's not me. haha.
dah sampai, ambil beg semua, jumpa tour guide, terus bergerak ke seoul naik bas. sorry, aku dah lupa naik bas mana satu. hahahaha.sampai je dekat seoul, terus ke hostel (ShinChon Hostel) untuk solat dan rehat sebentar. lepas tu terus makan. lepas makan, kononnya nak berjalan sebab awal lagi. sekali tengah jalan-jalan tu, anak aku dah tertidur dalam stroller.... bahahahaha. makanya, member aku dengan husband dia je la yang pergi ke hongdae streets untuk tengok live performance (naik teksi, tour guide tolong cakap dengan ahjussi). aku dengan husband, balik bilik la.. apa lagi boleh buat, anak dah tidur..

keesokan hari ? berjalan-jalan di .... aku tak ingat nama dia ape. hahahaha. yang penting aku berjalan di area king sejong. visit muzium bawah tanah (king sejong je sbb malas dah nak g yang pahlawan tu punya), tulis nama kita dalam bahasa korea. pusing-pusing area tu, g makan, g
Changdeokgung Palace, g Namsan Tour, pegi Bukchon Hanok Village tapi tak try pun baju dia tu rasanya sebab area King Sejong streets tu dah sempai pakai yang free punya. lol. malam, makan daging bakar-bakar dekat area hongdae, lepas tu lepak dekat hello kitty cafe. anak aku minum goguma latte, malam tu dia tak tidur sampai 1 pagi........ hammmmmppppppeh betol ...

dapat pakai baju free  


gambar tak download habis. lol.


hana budak baik, tak meragam sangat dalam stroller.

tulis nama dalam bahasa korea (tulisan hangul).

dekat river.... hmmm.. hahaha.

namsan tower. g sana naik bas. dah sampai, kena naik bukit. bapak la bukit dia, ada la dalam 70 degree darjah kecenderungan tu. dah macam apa.

dekat tempat key lock.

makan daging bakar-bakar. nice!!! tapi aku tak makan.

anak ku si hana montana.

lepaking dekat hello kitty cafe. yezza.

untuk hari ke tiga dan seterusnya, akan ku sambung dalam entri seterusnya. hahaha. bila??? ntah la labuuuuuuuuuuuuu... 😂😂😂😂 tunggu dan lihat je lah.



Comments

Popular posts from this blog

Birthday

sedih dan berduka

passion