Bismillahirahmanirrahim
It all starts with the Premium Starter Kit from Young Living that I bought in June 2020. Haha.
Sebenarnya dah lama usha nak beli diffuser/humidifier. Tak tahu apa-apa pun tentang essential oil. I know nothing about the oils. I just love the machine, ,where you can see the mist. Asap kepuk-kepuk. Seronok. Itu je yang aku tahu. Pencarian mencari diffuser/humidifier ni bermula setahun sebelum aku beli Young Living lagi. Hahaha 😂
Aku tak tahu diffuser apa, humidifier apa, beza diorang ape, yang aku tahu hanyalah aku nak benda tu. Memang lama jugak google ni, survey. Barang mahal weh. Ada nampak dekat shopee yang murah tapi aku memang tak tahulah hati tu Allah dorong untuk tengok yang mahal sikit.
Dah survey punya survey, owh. Baru tahu Young Living ni part of MLM company. So, aku kena cari introducer la senang cerita dia. Aku pun nampak kawan-kawan aku jual dekat Facebook. Tapi masih lagi berkira-kira nak beli ke tak. Bulan berganti bulan berganti bulan.
Tetiba, satu malam, nampak sepupu aku post dekat Intagram, diffuser yang aku dah lama dah usha. Terus lah aku mesej dia "tanya dia, dia beli mana, dia jadi ahli ke" jawapan dia mestilah "of course.." terus aku cakap kat dia. Okay, nak beli dengan awak lah. tapi tak ada duit, bayar sikit-sikit boleh? simpan kan duit aku sebab aku boros ni. hahahaha. kalau aku simpan sendiri duit aku, sampai kiamat kang tak beli-beli. 😅
Selepas 3 bulan, aku pun dapat lah my own diffuser!!! Happy bukan kepalang. Tapi tak tahu guna. Lolz. Aku mati-mati ingat untuk wangi je. So, memang happy guna untuk wangi sahaja. Nak cerita excitednya aku, sampai tak sabar nak beli minyak lain la next month. nak bau oil lain tu, bau dia bau apa pulak. Like literally don't know anything, i only diffuse the oils in the first month because of the fragrance.
Dan yang paling tak disangka dan tak diduga, aku boleh pulak tu beli produk Young Living ni hampir setiap bulan since June 2020. 😆😆😆 YaAllah, user tegar sungguh.
Selalu ke HQ Young Living seorang diri. Hahahaha. Dasar introvert.
Bagi aku, kalau aku beli barang dari sesuatu tempat, kalau dia ada physical store, confirm aku akan tengok tempat jualan dia tu macam mana. Ini memang cara aku membeli barang dari dulu lagi. Aku lagi selesa kalau boleh pergi sendiri, beli dekat sana, tengok dengan mata kepala barang yang aku beli.
Saya seorang yang tak berapa nak gemar beli barang online ni. hahaha.
So, this is my journey. Happy me. Happy journey with Young Living. Alhamdulillah.
Next story, saya share cerita lain yer.
Thank you yang sudi membaca.
Comments